Friday, December 1, 2017

CIPTA RAKIT UNTUK KAMBING DI MUSIM BANJIR

BESUT, 30 Nov (Bernama) -- Kreatif dan unik!

Itu gambaran sesuai mengenai seorang pemuda, Mohd Khairul Che Shafie, 24, bersama anak saudaranya, Alif Azhar, 19 yang membina rakit daripada penutup tangki air dan beberapa botol air minuman untuk memindahkan kambing ternakan mereka ke tempat selamat.

Mohd Khairul berkata banjir yang melanda rumah mereka di Kampung Lembah Guntung dekat Tembila di sini sejak awal pagi semalam menyebabkan kandang yang menempatkan 13 ekor kambing mereka musnah.

"Kami terpaksa membuat kandang sementara di tepi jalan berhampiran rumah kerana tiada tempat lain yang lebih selamat untuk haiwan itu.

"Bagaimanapun, petang ini kami mahu memindahkan beberapa ekor anak kambing yang masih muda kepada ibu mereka yang terperangkap di belakang rumah.

"Kami terpaksa memindahkan haiwan ini dengan kadar segera kerana risau ia kelaparan, jadi kami pindahkan menggunakan rakit yang diperbuat daripada penutup tangki air dan beberapa botol air minuman sahaja untuk mempercepatkan proses pemindahan ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment