Wednesday, December 13, 2017
LIM KIT SIANG DICABAR NAFI MAHU JADI PERDANA MENTERI
TEMERLOH :Penasihat DAP, Lim Kit Siang dicabar mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan hasrat menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang.
MAHDZIR KHALID
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan Kit Siang yang terus bertahan selama 50 tahun sebagai ahli politik menunjukkan cita-cita besarnya untuk memegang jawatan berkenaan.
Malah kata beliau, dalam merealisasikan impiannya itu, Kit Siang bertindak memperalatkan pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.
“Semua orang sudah cakap sekarang, kalau bukan Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan bukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kit Siang sebenarnya mahu menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang.
Advertisement
“Kalau orang sudah kata dia hendak menjadi Perdana Menteri dan dia pula berdolak-dalik, buatlah satu kenyataan mengatakan dia tidak mahu jadi pemimpin nombor satu negara,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Guru Pembina Negara Bangsa dan Bicara Profesionalisme Kepimpinan Pendidikan Pahang 2017 di sini hari ini.
Menurut Mahdzir, adalah mustahil bagi Kit Siang menolak jawatan berkenaan berdasarkan penglibatannya yang lama dalam politik dan bersandarkan jumlah kerusi DAP dalam Pakatan Harapan.
Dalam pada itu beliau berkata, hasrat Kit Siang untuk menjadi Perdana Menteri dengan memastikan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang tidak akan berhasil tanpa sokongan orang Melayu.
Justeru, beliau percaya Kit Siang akan terus berusaha mendapatkan sokongan orang Melayu dengan pelbagai cara termasuk memperkudakan pemimpin-pemimpin berpengaruh kaum itu.
“Dia tahu tidak boleh jadi tanpa sokongan orang Melayu dan dia kena dapatkan undi untuk Pakatan Harapan dalam kalangan orang Melayu,” ujarnya.
Labels:
lim kit siang,
mahdzir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment