KUALA NERUS, 4 Dis (Bernama) -- Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan laluan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14 tidak semudah yang disangka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Dr Mahathir perlu membuktikan keupayaannya dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri terlebih terdahulu sebelum bertanding sebagai Anggota Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pakatan Harapan mahu melantik Dr Mahathir dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masing-masing sebagai perdana menteri interim dan timbalan perdana menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-14.
Shahidan ditemui pemberita selepas melawat pusat penempatan sementara mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak di sini hari ini.
Beliau pada masa sama menasihatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan cadangan Pakatan Harapan itu dan terus menyokong Barisan Nasional yang sentiasa mengotakan janjinya dalam membantu rakyat dengan ikhlas.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment