SEREMBAN, 2 Mac (Bernama) -- Tidak ada masalah untuk mana-mana bangsa menjadi pemimpin negara asalkan mereka pemimpin yang baik, bersih dan tidak mengamalkan rasuah, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang mempertahankan pilihan PH meletakkan calon berbangsa India pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S. Streram berkata, tidak timbul soal risiko kepada survival Melayu dalam PRK berkenaan sekiranya sokongan diberikan kepada PH.
"Kaum Malayu akan ‘survive’ kalau kita ada pemimpin yang baik, bersih, serta tidak korup, dan bukan setakat kaum Melayu sahaja, kaum lain juga.. Cina, India, Kadazan pun akan survive. Tetapi kalau lantik (pemimpin) dari kaum Melayu korup, zalim.. kaum India, Cina, Melayu pun takkan survive," katanya di ceramah sempena kempen PRK berkenaan di Taman Angsamas, di sini, malam ini.
Kita lantik Yahudi lah jadi pemimpin............apa takut....Yahudi baik, bersih, serta tidak korup....sebab Yahudi duit banyak, kalau Yahudi curi duit, dia ganti balik, baru tak korup! Najib curi duit, dia tiada duit nak ganti.....sebab tu Najib korup!
ReplyDelete