Tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi taklimat berkenaan usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355 bagi pihak Datuk Seri Abdul Hadi dianggap seperti "ada udang di sebalik batu".
Perkembangan itu juga dilihat Anggota Parlimen (MP) Shah Alam Khalid Samad sebagai bukti wujudnya kerjasama antara PAS dengan Umno.
Katanya, sangat menghairankan apabila usul persendirian itu datang daripada Abdul Hadi (PAS-Marang) tetapi yang mengadakan majlis taklimat mengenainya - walaupun atas kapasiti peribadi - adalah Ahmad Zahid.
“Ia menunjukkan ada udang di sebalik batu, ada tanda tanya politik yang perlu kita baca dan faham sejak awal lagi… ia ada kepentingan politik,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri menghantar jemputan kepada anggota parlimen beragama Islam untuk menghadiri sesi perjumpaan dan taklimat berhubung usul dibawa Abdul Hadi.
Taklimat itu turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Selepas pertemuan itu Ahmad Zahid mengesahkan usul dibawa presiden PAS untuk meminda Akta 355 itu akan dibentangkan sama ada hari ini atau esok.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berakhir esok.
Khalid yang juga pengarah komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata perkembangan yang berlaku semalam adalah bukti wujud kerjasama erat antara pembawa usul itu (Abdul Hadi) dengan kerajaan.
"Kita hairan kerajaan bersetuju dengan usul itu. (Jika ia memang dipersetujui) kenapa kerajaan sendiri tak bawa?
Mengulas lanjut Khalid berkata sebelum ini Jamil Khir membangkitkan bahawa timbul kekeliruan di kalangan orang bukan Islam mengenai cadangan pindaan Akta 355 itu.
“Jamil Khir kata ada banyak kekeliruan dan salah faham khususnya orang bukan Islam mengenai RUU 355.
“Kalau itu keadaannya kenapa MP bukan Islam tidak dijemput? Dalam keadaan begitu (ia seakan-akan) menunjukkan orang Islam sedang berkomplot.
“Ia akan menimbulkan salah faham dan buruk sangka. Banyak salah faham (tetapi) kenapa MP bukan Islam tidak dijemput bersama,” katanya.
Ulasan saya, kenapa Khalid Samad ahli parlimen Amanah itu takut Umno tolong jelaskan RUU355 yang akan dibawa oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Apa salahnya Zahid memanggil semua ahli parlimen Umno untuk menerangkan isu tersebut.
Oleh kerana taklimat itu untuk ahli parlimen Islam, apa salahnya semua ahli parlimen Islam dari semua parti dijemput hadir seperti PAS, Amanah, PKR dan DAP. Soal mereka nak terima penjelasan atau tidak terpulang kepada mereka.
Walaupun ia RUU persendiriaan tetapi Umno sebagai tulang belakang kerajaan rasa bertanggungjawab untuk memberi taklimat kepada semua ahli parlimen. Sekurang-kurang inisiatif yang diambil oleh Zahid wajar dipuji kerana jika PAS yang buat taklimat sudah tentu ahli parlimen Umno tidak hadir.
Oleh itu demi memperkasakan agama Islam apa salahnya Zahid membuat majlis taklimat tersebut? Saya rasa kalau Lim Kit Siang yang mempertikai isu ini tak apa juga kerana dia bukan Iislam tetapi yang sedihnya orang Islam sendiri seperti Khalid Samad pula yang anti pindaan RUU355. Bertaubatlah Khalid Samad. Cukuplah jadi alat DAP.
No comments:
Post a Comment