Menurut Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad jika Pakatan Harapan (PH) menawan Malaysia banyak projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibatalkan.
"Sudah tentu rakyat Langkawi yang rugi. Oleh itu saya menyeru kepada para pengundi mengekalkan BN di kerusi parlimen Langkawi dan di DUN Kuah dann Air Hangat untuk meneruskan semua projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya.
Beliau yang telah disahkan sebagai calon BN bagi parlimen Langkawi akan menentang Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pilihanraya umum pada 9 Mei nanti.
Katanya, 1,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang sedang dibina oleh Tulangis Sdn Bhd di Ulu Melaka (DUN Air Hangat) dan Kuah (DUN Kuah) akan merubah wajah Langkawi apabila siap tiga tahun lagi.
Oleh itu, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri yang amat perihatin dengan masalah perumahan yang dihadapi oleh penduduk Langkawi.
"Di Ulu Melaka dua blok pangsapuri 14 tingkat sedang dibina untuk 500 keluarga akan merubah gaya hidup penduduk Ulu Melaka," katanya kepada MH Online.
Katanya lagi, penduduk Langkawi sudah biasa duduk di rumah flat maka tidak timbul isu mereka rasa janggal duduk di pangsapuri apabila 500 unit pangsapuri siap kelak.
"Pelbagai projek telah diumumkan Datuk Seri Najib seperti pembesaran Hospital Langkawi dan bekalan air maka tiada sebab penduduk Langkawi menolak BN," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment