Tuesday, April 17, 2018

PERSATUAN BELIA FELDA TROLAK JUARA BOLASEPAK PIALA DATUK KHUSHAIRI









SLIM RIVER: PĂ©rsatuan Belia Felda Wilayah Trolak mengalahkan Majlis Daerah Tanjong Malim 4-1. di sini Ahad lalu dalam perlawanan akhir Liga Bolasepak Piala YB Datuk Kushairi Abdul Talib.

Menurut Khusairi yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, perlawanan bolasepak tahunan itu merupakan perlawanan kali keempat. Sebanyak 32 pasukan dalam daerah Muallim menyertai perlawanan tersebut yang diadakan selama empat bulan berturut-turut.

Beliau berharap perlawanan liga bolasepak kali kelima akan diadakan pada tahun hadapan.


Sebelum majlis penyampaian hadiah, Khusairi berkesempatan main bola bersama team beliau dalam perlawanan persahabatan dengan team artis yang didatangkan oleh Dewan Perniagaan Artis (DPA) yang dipengerusikan oleh Datuk Shahrul Nizam.

Perlawanan suka-suka ini sempena final #ligabolapialadatokhusairi di Padang Awam MDTM Slim River.

Antara pemain DPA yang hadir Yassin Senario, Roy Azman, Riot Kool, Pablo Amirul, Niezam Zaidi, Tony Tuah, Hairy Kool dan Ipin.

Team ADUN Slim River turut diwakili OCPD Muallim Supt Wan Kamarul Azran, YDP MDTM Faizal Nizam, PPD Muallim Saiful Bahrin Sulaiman, Pengurus Besar Felda Wilayah Trolak Haidir Moin, KCK Tuan Husin dan Datuk Farid Al-Walid

Keputusannya, team artis menang 1-0 dijaring oleh Yassin Senario dalam perlawanan selama 15 minit.

No comments:

Post a Comment