KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi MARA, Tan Sri Anuar Musa tersilap percaturan. Sepatutnya beliau yang bertandingjawatan Presiden Umno menentang bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bukannya bertanding jawatan timbalan presiden.
Hari ini ahli parlimen Ketereh itu mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Anuar Musa ketika menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar pernah menentang Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi jawatan ketua pemuda pada tahun 1996. Ketika itu mereka berdua menentang ketua pemuda, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang turut disertai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Zahid menang dalam pertandingan empat penjuru tersebut. Ini bermakna Anuar Musa adalah seangkatan dengan Zahid dan sewajarlah beliau yang merebut jawatan Presiden Umno.
Pada tahun 1990, selepas PAS menawan Kelantan, Anuar Musa berpengalaman membangunkan semula Umno Kelantan yang lumpuh selepas Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Semangat 46. Maka sewajarlah Anuar Musa yang menentang Zahid Hamidi kerana Ku Li pun masih belum keputusan untuk merebut jawatan Presiden Umno.
No comments:
Post a Comment