Friday, June 8, 2018
TUJUH CALON REBUT TIGA KERUSI NAIB PRESIDEN UMNO
KUALA LUMPUR: Tujuh orang sudah umumkan tanding Naib Presiden Umno. Mereka ialah Khairy Jamaluddin (Negeri Sembilan), Datuk Seri Tajuddin Rahman (Perak), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah), Datuk Seri Johari Ghani (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Khaled Nordin (Johor), Datuk Seri Ismail Sabry Yaacob (Pahang) dan Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu).
Pertandingan 30 Jun ini amat menarik kerana disertai empat orang bekas menteri, satu orang bekas timbalan menteri dan dua orang bekas menteri besar.
Di antara tujuh calon itu empat orang adalah ahli parlimen,seorang ADUN dan dua orang lagi kalah dalam PRU baru-baru ini.
Tidak dapat dipastikan siapa tiga orang calon Naib Presiden yang akan jadi pilihan para perwakilan tersebut. Adakah mereka akan mengundi ikut semangat kenegerian?
Adakah mereka dinilai berdasarkan kementerian yang pernah mereka pegang? Adakah Khairy, Mahdzir dan Ismail Sabry yang jadi pilihan?
Atau adakah mereka perlu tokoh kontroversi seperti Ahmad Said untuk berhadapan dengan pemimpin Pakatan Harapan? Ahmad Said ketika menjadi MB pernah dilantik sebagai ahli majlis tertinggi Umno maka beliau yang sudah meninggalkan MKT sejak tahun 2014 mampukah diterima perwakilan sebagai Naib Presiden Umno yang baharu?
Oleh itu perwakilan bebas memilih pemimpin dari tujuh orang ini yang mampu berhadapan dengan Pakatan Harapan pada PRU akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment