Tuesday, June 19, 2018
PERWAKILAN KEMAMAN PERLU BERANI BUAT PERUBAHAN
KEMAMAN: Perwakilan Umno Bahagian Kemaman perlu berani buat perubahan jika mahu lihat BN kembali memerintah Terengganu pada PRU 2023.
Menurut calon ketua bahagian dari pasukan "Kemaman Berubah", Mat Dalam Awang, BN kalah tiga kerusi dalam PRU bulan lepas kerana pengundi muak dengan kepimpinan Umno yang ada.
"Pada PRU 2013, hanya DUN Chukai yang kalah tetapi bulan lepas tiga DUN kalah. Ini menunjukkan ahli-ahli Umno bosan dengan barisan kepimpinan Umno yang tidak berubah," katanya ketika berucap menemui para perwakilan 10 cawangan dalam DUN Air Putih di Cheneh malam tadi.
Katanya, itu pun Datuk Seri Ahmad Said menang di DUN Kijal kerana undi orang Mymmar di Seri Bandi sedangkan di kampungnya sendiri, Teluk Kalong, beliau kalah.
Beliau mengajak semua perwakilan mengundi calon-calon " Kemaman Berubah" kerana menurutnya jika semua pemimpin yang ada dikekalkan prestasi Umno Bahagian Kemaman akan semakin layu dan tidak bermaya.
Turut serta dalam road show tersebut ialah calon ketua wanita, Norzamziah Afzainizam, calon ketua puteri, Tuan Noraishah Tuan Puteh dan calon ketua pemuda, Mohd Zammil Mohd Zuslaini.
Labels:
kemaman berubah,
perwakilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment