Tuesday, August 28, 2018

APA MOTIF MAHATHIR LANTIK RAHIM NOOR?



PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR meragui kewajaran melantik Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor sebagai perunding bagi rundingan damai selatan Thailand, memandangkan bekas ketua polis negara itu pernah hilang kawalan semasa krisis politik 1998.

Datuk Johari Abdul khuatir apabila seorang individu yang pernah melakukan kesilapan besar diberi tanggungjawab itu.

“Rakyat akan mempunyai persepsi Rahim akan mengikut arahan tanpa menggunakan kebijaksanaan dalam hal-hal sensitif.

“Sebagai contoh, apabila diarah selesaikan masalah Anwar Ibrahim, Rahim hilang pertimbangan sebagai seorang ketua polis negara yang sepatutnya menjunjung etika dan undang-undang,” katanya.

Johari berkata Rahim mungkin ada hubungan dengan pihak tertentu di Thailand yang boleh membantunya dalam usaha rundingan damai nanti, tetapi Ahli Parlimen Sungai Petani tidak percaya tiada orang lain yang lebih cemerlang.

Ulasan saya, sehingga kini tiga orang pemimpin PKR telah menyuarakan bantahan perlantikan Rahim Noor sebagai perunding di selatan Thailand iaitu Nurul Izzah, Johari Abdul dan Senator Yusmadi Yusof. Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menganggap kenyataan Nurul Izzah sebagai pandangan peribadi.

Apa motif sebenar Dr Mahathir melantik Rahim Noor? Bekas pegawai kanan tentera tak layak ke? Oleh itu Dr Mahathir perlu jaga hati keluarga Anwar Ibrahim yang tersinggung dengan perlantikan tersebut. 

No comments:

Post a Comment