Friday, August 31, 2018

ASTRO AWANI TAK JEMPUT CALON PH BERDEBAT

PETALING JAYA, 31 Ogos (Bernama) -- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia Halimey Abu Bakar menafikan dakwaan beliau menarik diri daripada jemputan debat bersama calon PAS Dr Halimah Ali untuk sebuah program temubual di televisyen.

Sebaliknya, Halimey berkata beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan untuk menghadiri program tersebut.

"Tidak ada langsung isu tarik diri atau saya takut berdebat. Hakikatnya, saya tidak menerima sebarang jemputan.

"Bagaimanapun, itu tidak penting. Keutamaan saya sekarang adalah memberi fokus kepada rakyat khususnya di kawasan (DUN) Seri Setia dan berjumpa dengan mereka untuk mengetahui permasalahan atau isu-isu yang mereka hadapi," tegasnya semasa sidang media di sini, hari ini.

Rabu lepas (29 Ogos) telah tular satu dakwaan di media sosial menyatakan calon PH itu menarik diri apabila diajak bersemuka dengan pihak lawannya dalam sebuah program temubual anjuran Astro Awani.

No comments:

Post a Comment