Dalam gesaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata sejak Pilihan Raya Umum ke-14 kira-kira tiga bulan lalu hingga sekarang, Yamani Hafez gagal “munculkan diri” dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang memilihnya.
“… jadi sia-sialah rakyat yang telah memilih beliau sebagai Anggota Parlimen Sipitang,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata Yamani Hafez perlu meletak jawatan bagi memberi laluan kepada rakyat memilih wakil baharu yang dapat mendengar serta membantu menyelesaikan masalah mereka.
“Kita tahu dia dilahirkan dalam keluarga berada dan tidak biasa masuk kampung, mungkin sebab itulah (beliau) rasa tidak perlu turun padang,” katanya.
Ulasan saya, jika Yamani tidak pulang dalam tempoh yang terdekat, maka PRK Sipitang tidak dapat dielakkan.
Sekarang ini heboh PKR nak beri beri laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk parlimen. Maka lebih baik Anwar bertanding di PRK Sipitang mewakili Pakatan Harapan. Maka Parti Warisan kena beri laluan kepada PKR untuk bertanding di Sabah bagi membolehkan Anwar menyertai parlimen.
Soal Anwar bukan orang Sabah tidak timbul kerana Anwar popular malah orang Sabah mengenalinya kerana sebagai calon parlimen beliau boleh bertanding di seluruh negara seperti mana Lim Kit Siang berpindah randah dari Melaka ke Pulau Pinang dan ke Johor.
Rakyat akan marah jika ahli parlimen Selayang atau ahli parlimen Sungai Petani mengosongkan kerusi untuk Anwar, sebaliknya jika PRK Sipitang diadakan kerana keengganan Yamani angkat sumpah maka rakyat tak marah kepada Anwar.
Oleh itu fikir fikirkanlah Anwar jika cadangan ini direstui oleh Datuk Seri Shafie Apdal.
No comments:
Post a Comment