Sunday, August 12, 2018
ZURAIDA TIDAK LAYAN KEPIMPINANNYA TIDAK EFEKTIF
KOTA KINABALU, 12 Ogos (Bernama) -- Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin tidak mahu terlibat dalam “perang mulut” dengan calon-calon PKR pada pemilihan parti akan datang, terutama berhubung kenyataan bahawa beliau dianggap “tidak efektif” sebagai ketua sayap wanita parti.
Ketika ditanya oleh pemberita tentang bagaimana perasaannya dituduh kepimpinannya tidak efektif, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata beliau percaya mereka yang menuduhnya adalah mereka yang akan bertanding pada pemilihan parti dan mereka masih “mentah dan tidak menyerlah”
“Oleh itu, saya tidak mahu melayan kenyataan seperti ini.
“Ia tidak penting (kenyataan mengenai kepimpinan Zuraida) kerana apa yang perlu kita lakukan ialah membangunkan dan mengukuhkan parti seperti yang kita lakukan hari ini dalam mengukuhkan kerajaan baharu dan memastikan kita bekerja keras dan kerajaan berjaya memenuhi manifestonya,” kata beliau.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengenai masalah setinggan di bandar, di sini hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment