Monday, August 13, 2018

DAH TAHU KENA BAYAR PAMPASAN RM400 BILLION KENAPA MASUKKAN JANJI HAPUSKAN TOL KALAU PH MENANG?

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membuat keputusan berkaitan isu menghapuskan kutipan tol apabila keadaan ekonomi negara kembali stabil, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata tindakan menghapuskan tol akan menyebabkan kerajaan perlu membayar pampasan dianggarkan bernilai RM400 billion kepada syarikat-syarikat konsesi tol.

"Untuk makluman, kerajaan sentiasa berusaha sebaik mungkin menunaikan janji dalam buku PH termasuk cadangan menghapuskan tol.

“Namun begitu kerajaan mengakui bukan mudah untuk laksanakannya akibat tekanan kewangan semasa, sehubungan itu kita tangguh dahulu cadangan (hapuskan tol) sehingga ekonomi negara benar-benar stabil dan mengizinkan," katanya.

Baru menjawab soalan Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang mahu menteri itu menyatakan senarai terkini tol-tol yang akan dihapuskan untuk meringankan beban rakyat dan tempoh jangkaan ia akan dilaksanakan.

Baru turut menegaskan penghapusan tol tidak termasuk dalam janji 100 hari kerajaan PH sambil menyatakan kerajaan melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara akan mencari langkah lain yang lebih praktikal untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat negara ini.

Ulasan saya, jika dah tahu kerajaan kena bayar pampasan sebanyak RM400 billion, maka PH tak perlu masukkan hapuskan tol dalam manifesto PH.

Apabila menghapuskan tol dimasukkan dalam manifesto, maka rakyat terpengaruh dengan manifesto tersebut dan lantas mendorong mereka undi PH dalam PRU lalu. Apabila PH menang, PH tidak hapuskan tol, maka rakyat rasa tertipu dengan PH.


No comments:

Post a Comment