Monday, August 27, 2018

ROS LULUSKAN PERMOHONAN RAFIZI BERTANDING DALAM PEMILIHAN PKR

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli telah memohon pada 9 Julai pengecualian agar tidak hilang kelayakan bagi memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar di Malaysia.

Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim dalam satu kenyataan berkata permohonan Rafizi itu diluluskan pada 20 Julai lepas.

”RoS mengesahkan bahawa kelulusan pengecualian hilang kelayakan yang terpakai kepada pemegang jawatan, penasihat dan pekerja pertubuhan berdaftar bagi Rafizi adalah berdasarkan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335)," kata Masyati dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rafizi membuat permohonan demikian berikutan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti.

Beliau bakal menentang penyandang jawatan berkenaan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

No comments:

Post a Comment