PETALING JAYA, 21 Ogos (Bernama) -- Media sosial antara pendekatan yang akan digunakan oleh PAS untuk menggalakkan pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, 8 Sept ini.
Calon PAS bagi PRK itu, Dr Halimah Ali berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi supaya tidak menjadi seperti PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, yang peratusan keluar mengundi gagal mencecah 50 peratus.
Peratusan itu jauh lebih rendah daripada sasaran 80 peratus yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Sasaran kita (PAS) adalah pengundi di bawah umur 40 tahun kerana kira-kira 37 peratus pengundi terdiri daripada golongan tersebut," katanya kepada pemberita selepas program Ziarah Kasih di Apartmen Seri Menanti di sini, hari ini.
Pada PRK DUN Seri Setia, Dr Halimah menghadapi pertandingan satu lawan satu menentang calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar.
No comments:
Post a Comment