Wednesday, August 29, 2018

DAP SEDIA TERIMA MCA MASUK PH

BALAKONG, 29 Ogos (Bernama) -- Pengerusi DAP Tan Kok Wai hari ini menyarankan agar MCA keluar Barisan Nasional (BN) sekiranya nasib tidak menyebelahi mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong bulan depan dan menyertai Pakatan Harapan (PH).

Katanya PH bersedia menimbang MCA sebagai parti komponen yang baharu dengan syarat parti berasaskan kaum Tionghoa itu bersetuju dengan prinsip PH.

"Mereka harus sertai kami sebagai sebahagian daripada PH sekiranya mereka kalah pada PRK ini… Itupun jika mereka bersetuju dengan prinsip PH dan mahu menyertai kami,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan bersama calon PH Wong Siew Ki, di sini.

Khamis lepas, Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dilaporkan berkata keputusan PRK DUN Balakong merupakan pengukur masa depan MCA bersama BN.

Pada masa sama, Naib Presiden parti Datin Paduka Chew Mei Fun yang juga Pengarah PRK Balakong dilaporkan mengakui sukar untuk MCA merampas kembali DUN berkenaan daripada genggaman PH.

No comments:

Post a Comment