KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Bung Mokhtar yakin Parti Warisan yang diasaskan oleh bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal akan mendapat sambutan di Semporna sahaja.
Katanya, parti itu tidak akan mendapat sambutan oleh rakyat Sabah kerana parti itu adalah parti berbilang kaum yang mana kaum Kadazan tidak akan meninggalkan PBS yang diketuai oleh Tan Sri Pairin Kitingan yang juga Huguan Siow kaum Kadazan.
"Jadi Parti Warisan hanya akan mendapat sokongan rakyat Semporna sahaja," katanya kepada blog ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Kinabatangan mendakwa jika beliau tubuh parti pun, beliau akan dapat sokongan di Kinabatangan sahaja.
"Ia sama dengan Datuk Lajim yang menubuhkan Parti Harapan Sabah yang mendapat sokongan di Beaufort sahaja," katanya lagi.
Bung Mokhtar yang juga Pengerusi FELCRA percaya perhimpunan agung Umno (PAU) minggu lepas adalah pau terakhir sebelum PRU yang ke 14.
"Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan pau sebagai platform terbaik untuk membela diri kerana selama ini pembangkang banyak menyerang peribadi beliau. Oleh itu tidak timbul isu pau sebagai platform Najib untuk mengutuk musuh politiknya," jelas beliau.
Katanya lagi, para perwakilan puas hati dengan penjelasan Najib kerana mereka tahu hanya BN yang dapat membela nasib rakyat dan bukannya Pakatan Harapan yang banyak memberi harapan seperti di Selangor yang tidak selesai dengan isu air.
"Malah rakyat Kinabatangan bersyukur dengan adanya BN Kinabatangan telah banyak membangun," katanya lagi.
Beliau menambah rakyat tak perlu tukar kerajaan kerana apa yang berlaku di Iraq dan Mesir bukannya kerajaan baru lebih baik dari kerajaan lama malah perubahan yang dimahukan rakyat itu lebih membawa perubahan ke arah kehancuran.
No comments:
Post a Comment