Blogger dan facebooker kontroversi Datuk Zaharin Mohd Yassin khabarnya dipukul oleh seorang facebooker yang diberitakan bernaung di bawah Prime Minister Office (PMO) di PWTC tengah hari semalam.
Menurut Zaharin yang memuat naik gambar suspek sedang memegang kasut untuk memukul beliau di akaun facebook, sedang seorang lagi teman suspek merakam aksi suspek sedang memukul dengan kasut disaksikan oleh beberapa orang yang kebetulan berada di meja berdekatan.
Punca kejadian adalah kerana kritikan pedas Zaharin kepada Perdana Menteri yang melibatkan salah urus tadbir dan beberapa isu lain, yang kemudianya membangkitkan kemarahan facebooker yang bernaung di bawah Prime Minister Office.
Facebooker PMO dikatakan gagal menjawab isu yang dibangkitkan dan hanya menyerang Zaharin menggunakan isu-isu peribadi dan hashtag #SalamBalikTiang.
Kejadian hari ini adalah kemuncak kemarahan mereka setelah gagal menjawab isu-isu yang dibangkitkan Zaharin di media sosial dan diikuti oleh hampir 50 ribu pengikut di facebook.
Susulan kejadian itu Zaharin telah membuat laporan polis petang semalam di balai polis Dang Wangi.
Ulasan saya, amat memalukan kejadian Facebooker PMO memukul Zaharin kerana seolah-olah PMO ada pula gangster yang diupah untuk memukul aktivis Umno itu.
Kalau ya pun nak marahi Zaharin, marahilah dengan hujah dan janganlah sampai memukul beliau seolah-olah kita tiada iman dan tidak menggambarkan orang yang bertamaddun.
Apatah lagi kita ini orang Melayu yang kaya dengan budi bahasa dan orang Islam yang patut lebih banyak bersabar seperti Nabi Muhammad yang tetap senyum walaupun dibaling dengan
najis.
Sikap PMO tersebut bukan sahaja merosakkan nama PM malah menambah rakyat benci kepada Umno dan BN. Bagi Zaharin, dia sudah biasa dipukul bukan sahaja di Kuala Lumpur malah di Sabah. Kejadian semalam menyebabkan rating Facebooknya meningkat.
Bagi saya kalau kita tidak setuju dengan Zaharin jawablah isu yang dibangkitkan Zaharin secara profesional dan janganlah sampai memukul orang. Nampak sangat kita ini tidak bertamaddun. Saya bukannya membela Zaharin kerana saya juga tidak setuju dengan kenyataan beliau tetapi cara Facebooker PMO bertindak adalah lebih memalukan dan merosakkan imej PM dan kerajaan BN.
No comments:
Post a Comment